RSS

Monday, April 19, 2010

jerawat?oh..tidak!

hellow there!dalam blog kalini,aku nak berceloteh tentang jerawat.ape itu jerawat?jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja.folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit.dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.

okay,jerawat memang dibenci oleh semua orang.betul tak?jerawat merupakan musuh ketat.kalau ade yang suka jerawat tu maksudnya tak normal lah tu kan?bercakap tentang jerawat.aku juga mempunyai masalah jerawat.walaupun tak teruk,tapi dalam hati menginginkan kulit bak artis yang licin micin tanpa cela langsung tu..huhu!aku ni mempunyai jerawat kecil2.maybe disebabkan kulit aku jenis agak berminyak sebab tu ade jerawat kowt.
segalanya bermula daripada memakai mask ini.pakai ni jerawat tumbuh2 dekat dahi.


pada mulanya muka aku takdelah tumbuh jerawat macam tu,tapi start pakai benda ni jerawat tumbuh dengan ganasnya!huwaahh!dalam 4-5.maybe ni made in USA and tak sesuai untuk kulit asia kowt.then,aku try clinique pulak.clinique made in USA juga tapi die sesuai untuk kulit asia.

dalam seminggu aku rase kulit aku dah semakin okay sikit tapi malangnya seminggu kemudian kowt,i'm not sure,jerawat tumbuh dengan ganasnya.tapi taklah banyak sangat.dalam 2-3.saja bwat gempak.huhu!tapi kulit terasa berminyak daripada biasa.clinique consultant tu cakap maybe aku terpakai toner banyak kowt.memang pun.lepas tu aku pun bercadang beli yang ni,macam kakak aku.dwit aku semakin mengopak-ngopak woahh! yang set tu aku bagi ummi aku pkai :)




lepas pakai ni,kulit aku semakin okay tapi jerawat kecik2 ade lagi..10centnya!kadang2 makan telur,seafood jerawat datang tanpa diundang.haiyoh.memang it takes time,tapi product apa yang betul2 menghilangkan jerawat secara total ya?anyone??kalau rajin membantu bagi komen kat bawah ya :)

*new york skin solution tu elok kerw?dalam iklan macam besh jerw.kulit takde jerawat langsung.rase macam nak try but..someday :)

No comments:

Post a Comment